Liga Super Malaysia

FMLLP Tidak Akan Luluskan Perpindahan Pemain Import Kedua Kelantan

Berkenaan isu Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendapatkan dua pemain luar negara baru-baru ini, kami dari pihak FMLLP hanya menerima satu surat permohonan daripada KAFA untuk seorang sahaja pemain luar negara yang ingin didaftarkan.

Kami tidak menerima surat permohonan untuk dua pemain luar negara sekaligus didaftarkan dan jika ada, ia tidak boleh di luluskan kerana KAFA masih menghadapi sekatan perpindahan oleh kerana isu-isu yang dihadapi oleh KAFA berkenaan pembayaran perkara-perkara wajib masih belum diselesaikan.

Sewaktu sekatan ini berkuatkuasa, sebarang perpindahan perlu mendapat kelulusan pihak pengurusan liga dan jika ia tidak membawa impak yang positif kepada kedudukan kewangan pasukan atau tidak meletakkan pasukan itu di dalam keadaan dimana hutang-hutang yang sedia ada dapat ditangani maka perpindahan itu tidak dapat diluluskan.

Pihak FMLLP berharap bahawa hasil dari perpindahan yang telah diluluskan tempoh hari dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah yang sedia ada dan sekatan perpindahan tidak lagi perlu dikuatkuasakan.

Jika ini berlaku ia akan dilihat sebagai satu langkah yang positif untuk KAFA dan Liga Malaysia secara keseluruhan.

SEKATAN PERPINDAHAN TETAP BERKUATKUASABerkenaan isu Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mendapatkan dua pemain luar…

Football Malaysia LLPさんの投稿 2017年5月28日