Malaysia

Francisco Bruto Da Costa Dilantik Sebagai Pembantu Jurulatih Harimau Malaya

Bekas jurulatih skuad remaja India, Francisco Bruto Da Costa telah dilantik sebagai pembantu jurulatih (kecergasan) skuad kebangsaan Malaysia. Beliau yang juga merupakan pemegang lesen jurulatih AFC Pro kelas A pernah menjadi pembantu kepada Nelo Vingada dalam kelab North East United dalam Liga Super India (ISL).

Francisco juga mempunyai pengalaman terlibat dalam program pembangunan bolasepak India dan telah menjadi jurulatih skuad kebangsaan India U-14, U-17, dan juga U-19.


Pengalaman luas yang dimiliki oleh Francisco ketika membantu bolasepak India menyakinkan Nelo Viganda untuk memilihnya selaku pembantu baru (kecergasan) skuad kebangsaan.

Berikut adalah maklumat berkenaan  beliau yang diambil dari laman web rasmi Persatuan Bola Sepak India AIFF.

Srlain itu, seorang lagi bekas pembantu Nelo Vingada di NorthEast United FC, Joao Arnaldo Correia De Carvalho,juga dilantik sebagai penolong jurulatih bersama-sama Tan Cheng Hoe.

Manakala Azmin Azram pula sebagai jurulatih penjaga gol.