Piala Malaysia Liga Super Malaysia

Bagaimana Proses Undian TM Piala Malaysia 2017 Akan Dilakukan?

Semua 16 Pasukan yang layak ke saingan Piala Malaysia akan bahagikan ke dalam empat (4) kumpulan berasingan.

Pasukan-pasukan akan disusun mengikut turutan setelah tamat semua perlawanan ke 11 Liga Super dan 100PLUS Liga Premier 2017. Pasukan-pasukan yang layak akan diundi ke dalam empat (4) kumpulan berasingan.

Turutan undian bagi Piala Malaysia akan dijalankan seperti yang berikut:-

1) Empat (4) Pasukan Premier berkedudukan tangga 2, 3, 4 dan 5 akan diundi untuk menduduki tempat keempat dalam Kumpulan A4, B4, C4 dan D4 secara berasingan – Johor Darul Ta’zim, Pahang, Kedah dan Perak.

2) Tiga (3) Pasukan berkedudukan tangga 9, 10 dan 11 Liga Super dan Satu (1) Pasukan Liga Premier berkedudukan tempat Pertama akan diundi untuk menduduki tempat ketiga Kumpulan A3, B3, C3 dan D3 secara berasingan – Selangor, Felda United, Kelantan dan T-Team.

3) Empat (4) Pasukan berkedudukan tangga 5, 6, 7, dan 8 Liga Super akan diundi untuk menduduki tempat kedua dalam Kumpulan A2, B2, C2 dan D2 secara berasingan – PKNS, Melaka, Sarawak, dan Negeri Sembilan.

4) Empat (4) Pasukan teratas Liga Super berkedudukan tangga 1, 2, 3 dan 4 akan diundi untuk menduduki tempat pertama dalam 4 Kumpulan A1, B1, C1 dan D1 secara berasingan – Terengganu, PKNP, Kuala Lumpur dan UiTM FC.

Majlis Undian TM Piala Malaysia 2017 yang akan disiarkan secara langsung pada hari ini Isnin, 22 Mei 2017 jam 10.30 malam dalam rancangan Scoreboard ExtraTime TV9.