Malaysia

Final Piala FA 2017: Kemaskini Terkini Dari Stadium Shah Alam

2 jam menjelang sepak mula perlawanan akhir Piala FA 2017 diantara Pahang bertemu Kedah di Stadium Shah Alam, kelihatan penyokong-penyokong Kedah sudah pun memenuhi segenap ruang tempat duduk berbanding penyokong pasukan Pahang.

Ultras pasukan Kedah juga sedang menyanyikan chant mereka dengan penuh semangat diikuti oleh semua penyokong Kedah yang hadir pada petang ini.

Sebentar lagi pemain pemain akan masuk ke padang untuk sesi memanaskan badan

Untuk makluman semua juga, hari ini merupakan perlawanan akhir ke 5 pasukan Kedah dengan 3 kali menjadi juara, manakala bagi pasukan Pahang pula, malam ini adalah final ketiga mereka dengan rekod 2 kali sebagai juara.