Liga Super Malaysia

Rasmi: Abou Bakr Al-Mel Sah Ganti Mohammed Ghaddar

Penyerang import dari Lebanon, Abou Bakr Al-Mel sah menggantikan Mohammed Ghaddar yang berpindah ke pasukan Johor Darul Ta’zim, untuk mengahrungi baki cabaran Liga Super 2017.

Menurut Tan Sri Annuar Musa yang juga penaja utama pasukan Kelantan 2017, Bako mengikat kontrak selama 1 tahun setengah bersama Kelantan.

“Sekiranya urusan perpindahan ini berjalan lancar, Bako akan membuat penampilan pertama pada pertemuan Liga Super dengan Pulau Pinang pada 24 Mei ini.

“Bako adalah pemain terbaik Liga Lebanon dan merupakan penjaring terbanyak.

“ Kita percaya kehadiran pemain ini mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Ghaddar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.