Liga Super Malaysia

Penjaring Terbanyak Liga Premier Lebanon, Abu Bakr Al-Mel Sertai Kelantan FA

Menurut sebuah laman web FALebanon.com, pemain kelab Tripoli dalam Liga Premier Lebanon sah menyertai pasukan Kelantan FA menggantikan Mohammed Ghaddar yang telah berpindah ke Johor Darul Ta’zim.

Abu Bakr Al-Mel  berusia 22 tahun yang beraksi bersama AC Tripoli  itu juga telah memuat naik status terbaru dalam akaun Instagramnya dengan kata ” To My New Team Kelantan”, menguatkan lagi perpindahannya ke pasukan Kelantan FA.

#To #My #New #Team #kelantan 😍😘❤️

A post shared by Bako 10 (@bako_77) on

“Ini merupakan pengalaman kali pertama bermain di Liga Malaysia selepas selesai membuat perjanjian dengan Kelantan dan ianya bukan misi yang mudah kerana ada tanggungjawab yang besar untuk bermain liga Malaysia yang sukar.” – menurut laporan sebuah TV Lebanon, Aljadeed.tv semalam.

“Ia merupakan Impian setiap pemain Lubnan adalah untuk jadi pemain professional dan saya telah berusaha bekerja keras untuk berada disini.”

“Saya bekerja keras untuk membuktikan diri dalam pasukan kebangsaan dan Liga Malaysia, saya mengucapkan terima kasih kepada bekas pasukan dan peminat beliau dan kakitangan untuk sokongan.”

Aljadeed TV juga melaporkan Abu Bakr Al Mel akan menuju ke Kuala Lumpur hari ini untuk menyertai pasukan Kelantan FA.