Petaling Jaya Rangers Jalinkan Kerjasama Dengan Cerezo Osaka

Wakil pihak pengurusan Petaling Jaya Rangers, Simon Lim, telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Operasi & Ketua Pegawai Pemasaran Cerezo Osaka, Rick Narita serta Pengurus Pemasaran Naoto Ihara, bertempat di pusat latihan kelab yang berpangkalan di Osaka itu baru-baru ini.

Perbincangan 2 hala mengenai hala tuju dan kerjasama kedua-dua buah kelab itu telah menyaksikan Cerezo Osaka dan Petaling Jaya Rangers, telah mencapai persetujuan untuk Petaling Jaya Rangers menghantar barisan pemain, jurulatih dan pegawai mereka ke Osaka bagi mendalami ilmu bola sepak dengan lebih mendalam.

PJ Rangers' Deputy President, Simon Lim had the opportunity to meet with officials from Cerezo Osaka during his trip to…

Petaling Jaya Rangers Football Clubさんの投稿 2017年5月13日

Menurut Presiden Cerezo Osaka, Minoru Tamada dan Timbalan Presiden Petaling Jaya Rangers, Simon Lim berkongsi impian untuk melihat pemain Malaysia beraksi dalam saingan J Leageu suatu hari nanti.

Secara dasarnya juga, Cerezo Osaka telah menyatakan persetujuan untuk meminjamkan pemain mereka kepada Petaling Jaya Rangers apabila kelab itu berjaya beraksi dalam saingan Liga Premier Malaysia nanti.

Untuk rekod, tiada lagi pemain Malaysia yang pernah beraksi dalam saingan J League sejak bermulanya liga bola sepak profesional Jepun itu pada 1993.