Berita

World Cup 2026: Direct Slot Untuk AFC Bertambah Dari 4.5 Kepada 8 Pasukan

FIFA Council telah bersidang di Manama, Bahrain semalam untuk membincangkan pelbagai isu yang perlu diselesaikan. Salah satu dari isu itu adalah berkenaan dengan slot pembahagian wakil setiap benua dalam Piala Dunia 2026 nanti.

Dengan jumlah pasukan akan ditambah pada Piala Dunia 2026, dari 32 pasukan kepada 48 pasukan, berikut adalah pembahagian slot mengikut konfederasi masing-masing.

Direct Slot

Seperti dalam grafik diatas, setiap konfederasi akan menerima sekurang-kurangnya 1 direct slot ke Piala Dunia 2026.

Jumlah keseluruhan pasukan yang akan menerima direct slot ini adalah 46 pasukan. 2 lagi slot untuk mencukupkan 48 pasukan akan ditentukan melalui play-off.

Slot untuk pasukan tuan rumah juga telah termasuk dalam kuota direct slot diatas.

Format Play Off Piala Dunia 2026

Setiap konfederasi akan menerima 1 slot ke peringkat Play Off kecuali UEFA. Bagi negara tuan rumah pula, FIFA akan memberikan 1 slot Play-Off untuk menggantikan slot tuan rumah yang telah digunakan.

Semua perlawanan play off akan diadakan di venue tuan rumah Piala Dunia 2026, dan akan digunakan sebagai ‘test event’ Piala Dunia 2026 sebenar.

Idea Penambahan Pasukan

Pada peringkat awal, terdapat beberapa cadangan yang telah dikemukakan untuk menentukan format perlawanan untuk edisi 2026 nanti.

Keputusan mengenai format kejohanan itu nanti telah ditetapkan dengan 48 pasukan akan dibahagikan kepada 16 kumpulan / 3 pasukan. Juara dan Naib Juara kumpulan akan layak ke pusingan seterusnya. dengan jumlah keseluruhan perlawanan adalah 80 perlawanan.

2 pasukan yang mara ke perlawanan akhir akan bermain 7 perlawanan secara keseluruhannya, sama seperti format 32 pasukan seperti sekarang. Kejohanan itu juga tidak berbeza dari segi jangkamasa penganjuran kerana mengambil masa selama 32 hari sahaja, sama seperti sekarang.

Apa Format Kelayakan Ke Piala Dunia 2026?

FIFA tidak menetapkan sebarang syarat bagaimana untuk konfederasi melaksanakan pusingan kelayakan. Ia terpulang kepada konfederasi masing-masing untuk menentukan cara yang terbaik memilih pasukan ke Piala Dunia berdasarkan slot yang telah ditetapkan.