Malaysia

FAM Akan Umumkan Jurulatih Negara Dan Nafi Paolo Bento Sebagai Calon Utama

Menurut laman sosial rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), jurulatih pasukan kebangsaan Malaysia akan diumumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan dari DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia.

Kenyataan rasmi dari Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) itu juga menafikan desas desus mengenai bekas jurulatih Olympiakos, Paulo Jorge Gomes Bento, sebagai calon utama jawatan ketua jurulatih skuad negara.

Pengumuman rasmi ketua jurulatih Malaysia yang berasal dari Portugal itu akan dibuat selepas selesai semua urusan dokumen dan kontrak.