Luar Negara Berita

2 Sebab Charyl Chappuis Tolak Tawaran Luca Pessotto Untuk Bersama Juventus

Nama Charyl Chappuis, meniti bibir peminat bola sepak wanita Malaysia khususnya selepas kejohanan AFF yang terdahulu. Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa pemain ini pernah ditawarkan untuk bersama pasukan gergasi Serie A, Juventus.

Juara Piala Dunia FIFA U17 2009

Beraksi bersama pemain baru Arsenal, Granit Xhaka dalam skuad U17 Switzerland, mereka berjaya menjulang Piala Dunia U17 2009 selepas menewaskan Nigeria 1-0 dalam perlawanan akhir.

Terima Panggil Dari Ejen Serata Dunia

Selepas menjuarai Piala Dunia U17 2009 itu, Charyl Chappuis memberitahu bapanya dan dia sendiri menerima 10 hingga 15 panggilan telefon dari ejen-ejen serata dunia.

Namun, hanya 1 tawaran yang membuatkan beliau tertarik untuk dipertimbangkan.

Setengah tahun selepas kejohanan itu, Gianluca Pessotto yang mengetuai skuad pencari bakat Juventus ketika itu, membuat tawaran kepada Charyl Chappuis melalui bapanya.

Juventus melihat Charyl Chappuis sebagai pemain yang berpotensi besar dan Pesotto tanpa berlengah lagi memandu terus ke Zurich dari Turin untuk berjumpa dengan Charyl Chappuis dan bapanya.

Menurut Pessotto, Charyl Chappuis mempunyai kemahiran untuk membaca perlawanan dengan baik, dan memiliki asas teknikal bola sepak yang bagus.

“Juventus telah membuat tawaran rasmi kepada saya dan Pesotto memberitahu saya akan mendapat gaji”.

2 Sebab Charyl Chappuis Menolak Tawaran Juventus 

1) Takut Untuk Berjauhan Dari Rumah Dan Keluarga

Charyl Chappuis memberitahu ketika itu, dia merupakan seorang budak yang tidak tahu apa-apa dan takut untuk meninggalkan rumah dan keluarga. Dia masih tidak mampu untuk hidup sendirian tanpa keluarga.

2) Bimbang Tidak Mampu Berkomunikasi

Selain itu, masalah komunikasi juga menghantui Charyl Chappuis. Dia tidak tahu bertutur bahasa Itali dan bimbang jika menyertai Juventus, dia akan mempunyai masalah berkomunikasi dalam bahasa Itali bersama rakan sepasukan. Saya malu.

Maklum Balas Gianluca Pessotto Selepas Tawaran Ditolak

“Gianluca Pessotto memberitahu saya bahawa Juventus tidak akan membuat tawaran lebih dari sekali. Tetapi untuk saya, Pesotto telah membuat 2 kali tawaran untuk menyertai Juventus, dan saya masih menolaknya”, kata Charyl Chappuis.