Liga Super Malaysia

Ramalan: Malaysia Atasi Hong Kong Dalam AFC MA Ranking

Selepas tamat perlawanan peringkat kumpulan AFC Cup 2017, hanya 1 wakil dari Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan kalah mati – Separuh  Akhir Zonal ASEAN. Johor DT selaku wakil tunggal Malaysia, berjaya mara dan mempunyai peluang besar untuk melebarkan jarak pungutan mata dalam AFC MA Ranking.

Semalam juga, FIFA telah mengemaskini ranking terbaru dengan Malaysia jatuh 1 tangga kepada kedudukan 158 dunia.

Bila AFC Kemaskini MA Ranking?

Kami tidak mempunyai akses kepada maklumat ini secara terus. Tetapi melihat kepada ‘trend’, AFC akan mengemaskini MA Ranking dalam masa 3 hari selepas FIFA mengumumkan ranking terbaru setiap bulan.

Kami menjangkakan AFC akan mengeluarkan senarai terbaru paling lewat 7 Mei 2017.

 

Malaysia Dah Potong Hong Kong Atau Belum Sebenarnya?

Mengambil kira semua keputusan AFC Champions League dan AFC Cup sehingga hari ini, kami telah melakukan pengiraan untuk mengetahui status semasa AFC MA Ranking.

Berdasarkan pengiraan yang telah dibuat, Malaysia sudah mengatasi Hong Kong dalam kedudukan AFC MA Ranking dengan perbezaan 0.066 mata.

Ini bermakna, Malaysia sudah berjaya merampas kedudukan ke 6 AFC MA Ranking Asia Timur dari Hong Kong, dan kedudukan ini akan membolehkan Malaysia menerima 1 slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League 2019 dan 2020 serta 1 slot kelayakan AFC Champions League Pusingan ke 2.

 

Ada Risiko Akan Dipotong Oleh Pasukan Lain?

Kedudukan AFC MA Ranking April 2017

Pasukan yang memberikan saingan paling dekat dengan Malaysia adalah Vietnam dengan perbezaan semasa 2.654 mata.

Dengan tiada wakil pasukan dari Vietnam melangkah ke separuh akhir Zonal ASEAN, maka mata pungutan kelab Vietnam dari kejohanan kelab bola sepak Asia sudah tamat dan tiada tambahan lagi.

Kami membuat kesimpulan, Vietnam tidak mampu untuk memotong kedudukan Malaysia untuk tahun ini.

 

Sumbangan Mata Dari Pasukan Kebangsaan

Walaupun ‘portion’ dari skuad kebangsaan adalah 10% sahaja, tetapi pada situasi genting, ia sangat membantu untuk mengatasi lawan.

Malaysia akan bertemu Hong Kong sekurang-kurangnya 2 kali tahun ini dalam pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019. Ini adalah peluang untuk pasukan kebangsaan untuk mengutip mata berharga yang akan membantu AFC MA Rankign Malaysia naik ke tahap lebih tinggi.

 

Apa Langkah Seterusnya?

Agihan Slot AFC Champions League & AFC Cup untuk 2017 hingga 2020

Disebabkan jurang yang kecil itu, Johor DT sebagai wakil Malaysia dalam AFC Cup 2017 dalam peringkat kalah mati, perlu bekerja keras layak sejauh mungkin bagi membuka ‘gap’ lebih besar untuk memastikan kedudukan ke 6 AFC MA Ranking adalah milik Malaysia sekurang-kurangnya hingga hujung November 2017.

Pada November 2017 nanti, AFC akan mengumumkan negara mana yang layak mendpaat slot automatik ke AFC Champions League 2019 dan 2020.

 

Rumusan

Jika Malaysia berada di kedudukan 6 teratas AFC Champions League sehingga November 2017, 1 slot automatik peringkat kumpulan dan 1 slot kelayajan R2.

Kemenangan pasukan kebangsaan bertemu Hong KOng dalam kelayakan akhir Piala Asia mampu memberikan sumbangan untuk menjarakkan lagi mata MA Ranking.

Pasukan Johor Darul Ta’zim, perlu mara sejauh mungkin untuk mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia ditangga ke 6 AFC MA Ranking, supaya tidak dipotong oleh Hong Kong.

Nota penting: Semua diatas adalah hasil pengiraan kami mengikut formula yang telah ditetapkan oleh AFC dalam menentukan MA Ranking. Ia mungkin tidak tepat dan ada perubahan.  Jumlah mata dan kedudukan ranking rasmi akan bergantung kepada pengumuman dari AFC dalam masa 3 hari lagi.