Luar Negara Berita

Abang Lim Teong Kim, Ketua Pembangunan Jurulatih Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT)

Bekas  Pengarah Teknikal NFDP, Lim Kim Chon, yang juga abang kepada Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara, Lim Teong Kim , semalam telah diumumkan sebagai ketua pembangunan jurulatih oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) melalui laman sosial rasmi Facebook FA Thailand.

สมาคมกีฬาฟุตบอลแห่งประเทศไทยฯ เซ็นสัญญาจ้าง ลิม คิม ชอน ฝ่ายเทคนิคของสหพันธ์ฟุตบอลนานาชาติ เป็น หัวหน้าฝ่ายอบรมโค้ช…

FA Thailandさんの投稿 2017年4月21日

Beliau akan diberi tanggungjawab untuk memberikan latihan kepada jurulatih-jurulatih dari Thailand bermula dari tahap Sijil ‘C’ AFC sehingga peringkat lesen Pro  AFC.

Berkata selepas secara rasmi menandatangani kontrak itu, Lim Kim Chon memberitahu bahawa tugas utama beliau adalah untuk membangunkan jurulatih-jurulatih dari negara ini (Thailand) supaya mendapat lebih ilmu betul dalam bidang kejurulatihan. Tambahnya lagi, beliau tidak menumpukan kepada kuantiti jurulatih tetapi lebih fokus kepada kualiti yang terhasil.

Lim Kim Chon juga akan memantau semua kursus kejurulatihan di Thailand dengan teliti untuk memastikan tiada kompromi mengenai kualiti kursus yang dijalankan.

“Bola sepak adalah cerita yang sama diseluruh dunia. Apa yang membezakan adalah ‘isinya’. Ia mempunyai sangat banyak komponen, tetapi apa yang penting adalah kemahuan untuk belajar!”