Luar Negara

Frank Rijkaard Hantar Permohonan Ketua Jurulatih Thailand

Bekas ketua jurulatih Barcelona, Frank Rijkaard telah menghantar surat permohonan untuk mengisi jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand semalam.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Pisan Judilok mengesahkan perkara ini.

“Kami telah menerima profil Frank Rijkaard yang memohon untuk jawatan ketua jurulatih Thailand selepas Kiatisuk Senamuang meletakkan jawatannya”

“Presiden FAT, Somyot Poompunmuang dan Pengerusi Teknikal, Witthaya Laohakul sedang bertungkus lumus membuat penilaian kesemua permohonan yang telah diterima dan akan mengumumkan keputusannya tidak lama lagi”

Karier Rijkaard ketika karier bola sepaknya pernah beraksi untuk Ajax Amsterdam, Sporting CP, Real Zaragoza dan AC Milan. Bersama pasukan kebangsaan Belanda, Rijkaard beraksi 73 kali dan menjaringka 10 gol.

Diantara kelab yang pernah menggunakan khidmatnya sebagai ketua jurulatih adalah Sparta Rotterdam (2001-2002), Barcelona (2003-2008) dan Galatasaray ( 2009-2010). Dalam peringkat skuad kebangsaan pula, Frank Rijkaard pernah membimbing skuad Belanda( 1999-2000) dan Arab Saudi (2011-2013).

Sejak Kiatisuk Senamuang mengumumkan untuk meninggalkan skuad Thailand, beberapa nama besar telah menghantar permohonan untuk mengisi jawatan ketua jurulatih Thailand seperti Zico, Carlos Dunga, Winfried Schafer, Alejandro Sabella, Reus Meulensteen dan yang terbaru Frank Rijkaard.