Berita AFC Champions League

AFC Champions League 2017: Muangthong United Rampas Kedudukan Teratas Kumpulan E

Perlawanan ke 4 peringkat kumpulan saingan AFC Champions League 2017 telah berlangsung semalam.

Aksi Muangthong United telah berjaya mencuri perhatian terutamanya kepada peminat bola sepak Asia Tenggara, apabila mencatatkan kemenangan 1-0 keatas Ulsan Hyundai, seterusnya menerajui kumpulan E dengan 8 mata. Tempat ke 2 dihuni oleh Kashima Antlers dengan 6 mata, dan dikedudukan tercorot pula adalah wakil Australia, Brisbane Roar.

Berbaki 2 perlawanan dalam peringkat kumpulan, Muangthong United masih lagi belum tewas setakat ini, memerlukan 1 lagi kemenangan untuk mengesahkan tempat di pusingan kalah mati. Mereka akan bertemu Brisbane Roar pada 26 April dan Kashima Antlers pada 10 Mei 2017.

Muangthong United telah mempamerkan aksi yang cukup mantap dalam perlawanan bertemu Ulsan Hyundai untuk mendominasi perlawanan secara keseluruhan.

Paling mencuri tumpuan adalah aksi Theerathon Bunmathan yang memulakan gerakan dalam video dibawah memperdayakan 2 pemain Ulsan Hyundai sebelum Chanathip membuat satu ‘pass’ untuk melepaskan Xisco dari kawalan pertahanan kelab dari Korea Selatan ini.