Berita

7 Bodyguard Kawal Essien Semasa Sesi Latihan Pertama Bersama Persib Bandung

7 Bodyguard Kawal Essien Semasa Sesi Latihan Pertama Bersama Persib Bandung

Sesi pertama latihan Michael Essien bersama Persib Bandung semalam telah menarik perhatian ribuan ‘bobotoh Persib Maung Bandung’, yang rata-rata sangat teruja untuk melihat bekas pemain Chelsea dihadapan mata sendiri.

Pengurusan kelab sudah menjangkakan sambutan seperti itu akan berlaku dan telah menggunakan khidmat pengawal peribadi atau bodyguard seramai 7 orang bagi mengawal keadaan sebelum dan selepas latihan.

Ketua jurulatih Persib Bandung, Djadjang Nurdjaman menyatakan beliau hanya menurunkan Essien selama 20 minit dalam perlawanan latihan semalam kerana tidak mahu memberikan tekanan kepada Essien untuk meyesuaikan diri bersama pasukan.

Saksikan video berdurasi 3 minit setengah dibawah untuk melihat sedutan sesi latihan Essien semalam.

7 orang bodyguard pun masih belum tentu mampu menyekat penyokong untuk menghampiri Essien jika sebegini ramai yang hadir.