Berita Luar Negara

Thailand Tersingkir Dari Perebutan Slot Ke Piala Dunia 2018

Thailand Tersingkir Dari Perebutan Slot Ke Piala Dunia 2018

Selepas menamatkan 7 perlawanan dengan hanya mengutip 1 mata, impian Thailand untuk merebut sekurang-kurangnya slot kelayakan play off tertutup rapat selepas tewas 0-4 kepada Jepun semalam.

Berbaki 3 perlawanan, dengan 9 mata maksimum, juga tidak dapat membantu Thailand untuk mengejar Australia yang kini berada di tangga ke 3 kumpulan B, dengan 13 mata.

 

Slot Zon Asia

Zon Asia diberikan sebanyak 4 slot automatic dan 1 slot ke play off.

2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak secara automatic ke Piala Dunia 2019, manakala pasukan di tempat ke 3 setiap kumpulan akan bertemu bagi menentukan pasukan mana yang akan menentang pasukan tempat ke 4 Zon CONCACAF pada ‘Inter-Continental Play Off’. Pemenang ‘Inter-Continental Play Off’ ini akan layak ke saingan Piala Dunia 2019 di Russia.

Prestasi Cemerlang Pusingan Kedua Kelayakan

Pada pusingan ke 2 kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, Thailand unggul dengan mencatat 4 kemenangan dan 2 kali seri tanpa kalah.

Mereka layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2018 dan ke Piala Asia 2019 apabila menjadi juara kumpulan F dengan mengutip 14 mata, 2 mata mengatasi Iraq ditempat kedua.

 

Chanathip Songkrasin Mendapat Perhatian

Walaupun impian ke Piala Dunia sekali lagi terkubur, namun Chanathip Songkrasin berjaya membuka mata peminat bola sepak Jepun terutamanya dengan aksi memukau melalui visi dan hantaran-hantaran berkualiti tinggi dalam perlawanan bertemu Jepun.

Rata-rata peminat bola sepak Jepun tidak sabar untuk menantikan aksi beliau dalam saingan J1 League Julai nanti apabila beliau secara rasmi akan menyarung jersi Consadole Sapporo.

 

Video Highlight Jepun 4-0 Thailand


Rumusan

Menyedari pintu ke Piala Dunia 2018 sudah tertutup, Thailand sudah mula untuk menggunakan baki perlawanan sebagai persiapan untuk menghadapi cabaran Piala Asia 2019. Mereka akan menghadapi UAE pada 13 Jun, Iraq pada 31 Ogos dan perlawanan terakhir bertemu Australia 5 September 2017.