Liga Super Malaysia

Rasmi: Perlawanan Liga Super Kelantan Bertemu JDT Di Kota Bharu Ditunda

Berikut merupakan kenyataan rasmi dari FMLLP berkenaan perlawanan diantara Kelantan bertemu JDT pada 4 Februari 2017.

Perlawanan Liga Super (LS3) di antara pasukan Kelantan dan Johor Darul Ta’zim akan ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan nanti.

Ini adalah kali pertama pasukan dari Malaysia yang akan bertanding dalam Pusingan Kelayakan Akhir Liga Juara-Juara AFC (ACL). Justeru itu keputusan ini telah dibuat setelah mengambil kira tempoh perjalanan dan persediaan pasukan JDT dalam Kelayakan #ACL2017. JDT akan bertemu Gamba Osaka di Jepun pada 7 Februari 2017 ini.

Kelulusan pindaan ini juga dibuat atas AGENDA NASIONAL yang akan membawa nama Malaysia ke peringkat lebih tinggi. Sekiranya JDT layak ke #ACL2017, maka pasukan Kedah berpeluang mengisi slot Piala AFC 2017 secara automatik. Ini bermakna tiga pasukan dari Malaysia bakal berentap di Kejohanan AFC pada tahun ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada pasukan Kelantan yang menunjukkan SEMANGAT KESUKANAN yang tinggi dengan memberikan persetujuan terhadap pindaan berkenaan sekaligus membantu persediaan pasukan JDT sebagai wakil Malaysia dalam pertandingan tersebut.