Liga Super Malaysia

Penyerang Utama Kemboja Sertai Kelab J League Secara Pinjaman Musim 2017

Penyerang utama pasukan kebangsaan Kemboja, Chan Vathanaka, sah akan menyertai sebuah kelab J3 League, Fujieda MYFC secara pinjaman selama satu musim.

Berita itu disahkan berdasarkan kemaskini terbaru laman web Fujieda MYFC semalam, berserta gambar sidang media pengumuman berita perpindahan ikon bola sepak semasa Kemboja itu.

Fujieda MYFC merupakan sebuah kelab ‘baru’ ditubuhkan pada tahun 2009 dan memulakan cabaran di liga divisyen 1 Shizuoka dan dalam hireaki bola sepak Jepun adalah liga divisyen 7. Walaupun berada disebuah prefektur yang ‘dikuasai’ oleh gergasi bola sepak jepun seperti Jubilo Iwata dan Shimizu S Pulse, Fujieda MYFC lebih menumpukan kepada komuniti beberapa bandar kecil sahaja.

6 bandar yang menjadi ‘base’ kepada Fujieda MYFC adalah seperti dibawah. Anggaran populasi bagi kesemua bandar dibawah adalah sekitar 500,000 orang. J League mengklasifikasikan perkara ini sebagai ‘HOMETOWN’ kepada Fujieda MYFC dan kelab kan bertanggungjawab untuk mewujudkan pelbagai aktiviti luar padang untuk ‘engagement’ bersama komuniti.

  • Fujieda City
  • Kawanehon City
  • Yaizu City
  • Shimada City
  • Makinohara City
  • Yoshida City

Chan Vathanaka Beraksi Dalam Perlawanan Pra Musim Dengan Pasukan Malaysia

Ketika pasukan Melaka United berkunjung ke Kemboja dalam rangka perlawanan pra musim, telah bertemu pasukan asal Chan Vathanaka, Boeung Ket Angkor FC. Dalam perlawanan itu, kedua-dua pasukan telah mencatatkan keputusan seri 2-2.

Penyerang berusia 22 tahun ini juga telah mempamerkan aksi yang berkualiti ketika menjaringkan 2 gol bertemu pasukan Malaysia dalam perlawanan pembukaan kumpulan B,  kejohanan AFF Suzuki 2016 yang lalu.

 

Prestasi Dalam Liga Kemboja 2016

Chan Vathanaka (Boeungket Angkor – Cambodia) 22 gol

Memulakan musim 2016 dengan menjaringkan hatrik dalam masa 5 minit dan Chan Vathanaka berjaya meneruskan pengusaannya dalam Liga Kemboja dengan jumlah 22 gol untuk musim 2016.

Beliau juga berjaya mempertahankan status sebagai penjaring terbanyak Liga Kemboja sejak 2015, dimana beliau telah menjaringkan 35 gol dalam aksi liga dan 55 gol dalam semua perlawanan bagi musim 2015.

BACA: 9 Pemenang Kasut Emas Dalam Liga Bola Sepak Rantau ASEAN 2016

 

Rumusan Ringkas

Berdasarkan kepada ‘track record’ Chan Vathanaka dalam 2-3 musim terakhir dalam liga Kemboja serta sumbangan dalam pasukan kebangsaan Kemboja terutamanya, beliau dilihat sangat memerlukan suasana dan cabaran baru untuk terus meningkat lebih tinggi. J League yang sentiasa memantau pemain-pemain berpotensi dari ASEAN untuk dibawa ke Jepun sebagai salah satu cara mereka untuk membantu negara-negara ini dalam bidang bola sepak selain daripada faktor pemasaran J League itu sendiri.

Malaysia juga sedang menantikan pemain yang dikatakan akan dipinjamkan ke sebuah kelab J League musim 2017. Namun sehingga malam tadi, J League memberitahu kami bahawa tiada lagi sebarang maklumat mengenai pemain Malaysia ke J League dan mungkin tidak ada langsung sekurang-kurangnya musim 2017.