Luar Negara

Hari Pertama Jualan Jersi 2017: Buriram United Jual 34,722 Helai Jersi Bernilai RM2.32 Juta

image

10 Disember 2016,  merupakan hari pertama jualan jersi baru musim 2017 bagi pasukan gergasi Thailand, Buriram United.

Seperti dalam artikel yang disiarkan beberapa hari yang lalu, Buriram United Sasar Jual 700,000 Helai Jersi Untuk Musim 2017. Mengikut makluman rasmi dari laman sosial mereka, pada hari pertama jualan hari ini, mereka telah berjaya menjual sebanyak 34,722 helai jersi musim 2017.

image

Angka jualan ini juga telah berjaya memecahkan rekod jualan hari pertama jersi musim 2016 tahun lalu  – 19,500 helai, perbezaan sebanyak 15,222 helai. Harga jualan adalah TBH540 atau sekitar RM67 sehelai dan jika dikira hasil jualan hari pertama, Buriram United berjaya memperolehi TBH18,749,880 atau RM2.32 juta mengikut kiraan kadar tukaran matawang semasa.

1)Engagement Yang Tinggi

15326161_1155234201263187_3914805425849731325_o

Melalui perhubungan yang rapat bersama fans menggunakan pelbagai ‘channel’ yang ada, Buriram United berjaya menjadikan bukan sahaja penduduk Buriram sahaja malahan fans dari kawasan lain diseluruh Thailand. Mereka akan sentiasa ternanti-nanti dan tidak teragak-agak untuk membeli barangan rasmi kelab.

15493261_1155234017929872_381069921277355988_o

Ketika ini, semua yang sanggup beratur panjang untuk mendapatkan jersi ini mempunyai satuperasaan yang sama – PRIDE!

Apa yang telah dilakukan oleh Buriram United telah berjaya menimbulkan PRIDE dalam jiwa fans dan mereka ini akan melakukan apa sahaja untuk kelab. PRIDE ketika memakai jersi Buriram United dimana sahaja mereka pergi.

2)Harga Mampu Miliki & Berkualiti

image

Harga jualan yang ditawarkan sememangnya mampu milik oleh pelbagai golongan. Newin sememangnya tahu bagaimana untuk ‘tackle’ permasalahan ini. Beliau juga dikatakan adalah pemilik kilang mengeluarkan pelbagai jenis fabrik pakaian dan jersi Buriram United adalah salah satu dari line up syarikat tersebut.

3)Distribution Channel

image

Bagaimana fans mahu mendapatkan jersi ini dengan cepat dan mudah? Mereka tahu untuk mewujudkan pelbagai distribution channel untuk memudahkan fans mendapatkan jersi baru mereka.

Sebagai contoh, hari pelancaran semalam, mereka telah mengaktifkan semua distribution channel dan point of sales yang ada supaya fans dari setiap pelusuk mampu memiliki jersi tanpa perlu bersusah payah memikirkan pelbagai alternatif lain.

  • Online Sales
  • Official Store Buriram United – pelbagai lokasi
  • Nationwide Official Reseller
  • I-Mobile Stadium Shop
  • Nationwide Distributor

15391302_1155234021263205_1781855412980481652_o

Ini adalah hasil yang telah mampu dinikmati oleh Buriram United dan penyokong mereka hasil dari usahasama semua pihak dan ia bukan lah satu usaha dalam jangka masa pendek. Usaha yang dilakukan secara berterusan secara konsisten dan sentiasa terbuka menerima penambahbaikan akan menguntungkan kelab dikemudian hari.

Apakah kita mampu melakukan perkara yang sama?

Di tahap mana PRIDE kepada pasukan bola sepak yang kita sayang?