Liga Super Malaysia

Bangkok United Menanti JDT Dalam Kelayakan Play Off AFC Champions League 2017

maxresdefault

AFC telah membuat kemaskini AFC MA Ranking selepas FIFA mengeluarkan ranking rasmi pada 24 November 2016. MA Ranking ini telah dikemaskini apabila tamatnya semua perlawanan peringkat kelab dibawah kelolaan AFC.

Malaysia berada dikedudukan ke 8, 28.895 mata, selepas berjaya memintas India yang kini berada dikedudukan 9 dengan 27.931 mata. Manakala Vietnam berada diatas Malaysia pada kedudukan ke 7 dengan 29.273 mata.

Hong Kong kekal berada dikedudukan ke 6 dengan 31.797 mata dan seterusnya menerima 1 slot automatik peringkat kumpulan AFC Champions League 2017 & 2018.

 

‘Allocation Slot’ Mengikut AFC MA Ranking November 2016

Berikut merupakan kedudukan 12 MA ranking bagi negara-negara mengikut zon yang telah ditetapkan oleh AFC. MA yang tersenarai layak sekurang-kurangnya mempunyai wakil dalam pusingan kelayakan play-off AFC Champions League.

2016-12-12_17-09-09

  • Ranking 1-2: Menerima 3 slot peringkat kumpulan & 1 slot play off
  • Ranking 3: Menerima 2 slot peringkat kumpulan dan 2 slot play off
  • Ranking 4: Menerima 2 slot peringkat kumpulan dan 2 slot kelayakan play off 2
  • Ranking 5:  Menerima 1 slot peringkat kumpulan dan 2 slot kelayakan play off 2
  • Ranking 6: Menerima 1 slot peringkat kumpulan dan 1 slot kelayakan play off 2
  • Ranking 6-12: Menerima 1 slot kelayakan play off 1

Australia hanya menerima 1 slot kelayakan Play-Off 2 kerana AFC hanya membenarkan 3 pasukan maksimum dari Hyundai A-League ( 1/3 dari jumlah pasukan dalam liga )

 

Ramalan Pertemuan JDT Dalam Kelayakan Play Off & Play Off AFC Champions League 2017.

Berdasarkan kedudukan ‘allocation slot’ seperti jadual diatas, kita akan cuba melihat apakah laluan yang akan dihadapi oleh JDT dalam usaha untuk layak ke peringkat kumpulan AFC Champions League 2017.

Bagi pusingan kelayakan play-off 2, JDT hampir pasti akan bertemu dengan sebuah lagi kelab dari Thailand, Bangkok United FC, berdasarkan kedudukan MA ranking yang telah dikeluarkan. Perlawanan ini akan dilangsungkan di Thammasat Stadium, Pathumthani.

Kemenangan pada peringkat ini akan membawa JDT ke pusingan play off – pasukan dari Korea Selatan, Jepun dan China sudah sedia menanti.

2016-12-05_3-22-06

Lawan Kelab Dari Jepun, Korea Selatan atau China?

Realistiknya, kami melihat JDT mampu memberikan cabaran kepada Bangkok United FC dalam perlawanan kelayakan Play-Off 2 nanti. Dan bagi pusingan Play-Off pula, semua pasukan dari Jepun, Korea Selatan dan China ini cukup diketahui kekuatan mereka.

Sebagai contoh, Shanghai SIPG pada musim lalu pada pusingan Play-Off AFC Champions League 2016, telah membenam Muangthong United 3-0 untuk mara ke peringkat kumpulan, manakala Chonburi FC dibelasah 9-0 oleh FC Tokyo.

Yang lebih penting sekarang adalah untuk mempersiapkan pasukan bertemu Bangkok United FC pada peringkat kelayakan Play-Off 2. Juga diberitakan JDT akan mengadakan 2 perlawanan pra musim di Thailand bertemu Chonburi FC dan Buriram United. 2 perlawnaan ini sangat ‘crucial’ untuk JDT mendapatkan gambaran awal cabaran yang bakal dihadapi bertemu Bangkok United FC nanti.

15326389_731673330329302_6181423936285659761_n

Nota:

  1. Kami optimis JDT mampu mengatasi Bangkok United FC dan layak ke pusingan Play-Off
  2. Cabaran hebat dari kelab gergasi Asia Timur pada peringkat Play-Off. Kebarangkalian mara ke peringkat kumpulan itu ada tetapi kecil.