Malaysia

JDT Kelab Tunggal Dari Malaysia Memiliki Status AFC Licensed Club 2017

944012_604695773027059_1733252858446254805_n

AFC baru sahaja mengeluarkan senarai nama pasukan kelab yang telah diiktiraf dalam kategori ‘ AFC MA Licensed Club 2017’.

Jika dilihat dari bahagian ASEAN, sebanyak 5 negara telah mempunyai AFC MA Licensed Club seperti:

  • Thailand: 18 buah kelab
  • Vietnam: 3 buah kelab
  • Singapura: 6 buah kelab
  • Myanmar: 3 buah kelab
  • Malaysia: 1 buah kelab – JDT.

Apakah impak kepada pasukan yang tidak berada dalam kategori ‘AFC Licensed Club’?

  • Pasukan kelab tidak akan dapat bertanding dalam kejohanan berprestij peringkat Asia: AFC Champions League.
  • Global FC sebagai contoh. Walaupun mereka layak mendapat tempat dalam pusingan kelayakan Play Off 1, namun oleh kerana salah satu syarat AFC Champions League adalah kelab perlu memiliki status ‘ AFC Licensed Club’, maka Global FC tidak dibenarkan beraksi walaupun layak.
  • Perkara sama juga terjadi kepada kelab bola sepak dari Indonesia.

Berikut merupakan senarai penuh kelab-kelab Asia yang telah disahkan memegang status ‘AFC Licensed Club 2017’.

1a

2a

3a

Berdasarkan 19 MA yang mempunyai sekurang-kurangnya 1 kelab berstatus ‘AFC Licensed Club’, Jepun merupakan MA paling banyak kelab memegang status ini dengan 45 pasukan, diikuti oleh China dengan 19 pasukan dan Thailand ditempat ke 3 dengan 18 pasukan.

 

Apakah syarat-syarat atau ‘guideline’ bagi ‘AFC Club Licensed’  ini?

Bagi peminat bola sepak yang mahu tahu lebih lanjut apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kelab, boleh rujuk kepada AFC Club Licensing Regulation.

Apa cabaran bagi kelab-kelab  Malaysia?

Memetik ‘deck’ Club Licensing yang telah diterangkan pada awal 2016 lalu oleh Andrew Soorian, yang merupakan Club Licensing Manager dari FAM, berikut merupakan halangan yang telah dikenalpasti sebagai sebab utama ‘susahnya’ kelab di Malaysia untuk mendapatkan status tersebut.

4a

Kelab-kelab bola sepak dari Malaysia terutamanya perlu lebih proaktif untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sekiranya mahu maju lebih jauh dalam kejohanan kelab peringkat Asia. Tiada gunanya mengejar mata MA ranking namun tidak dibenarkan bertanding kerana masalah ‘Club Licensing’.