Liga Super Malaysia

CEO Shoot & Score Dedah 7 Langkah Cari Pengganti Pemain Bersara Melalui Piala Malaysia

 

13814412_307662059574981_671023421_nSeperti yang semua sudah tahu, menjuarai Piala Malaysia tidak akan memberikan apa-apa merit kepada pasukan dalam Liga Malaysia untuk layak ke mana-mana kejohanan kelab peringkat Asia walaupun merupakan salah satu kejohanan tertua di Asia.

CEO Shoot & Score, En. Ayani Ismail menyatakan beberapa ide atau cadangan yang mampu dilaksanakan menggunakan platform Piala Malaysia bagi memperkasakan bola sepak Malaysia khususnya bagi pemain-pemain yang kurang mendapat peluang beraksi diperingkat tertinggi.

Facebook Shoot & Score: SHOOT & SCORE

 

1) Buka Peluang Untuk Pemain Simpanan

Masih ramai pemain-pemai yang berada dibangku simpanan atau yang berada dalam senarai pasukan utama, namun tidak mempunyai peluang untuk beraksi dalam Liga Super/Premier dan Piala FA.

Jadi, adalah wajar pihak kelab/pasukan memberikan mereka peluang beraksi kerana menjuarai Piala Malaysia tidak akan membawa pasukan kemana-mana.

 

2) ‘Loan’ Pemain Dari Piala Belia, Piala Presiden, Liga Bola Sepak Rakyat dan Piala FAM

Pasukan-pasukan utama yang beraksi dalam Piala Malaysia boleh cuba mendapatkan pemain-pemain dari peringkat Piala Belia, Piala Presiden, Liga Bola Sepak Rakyat dan Piala FAM untuk menampilkan aksi diperingkat Piala Malaysia.

Melalui cara ini, ia juga dapat membantu ‘scout’ pasukan-pasukan untuk mengenal past bakat-bakat muda dan terpendam bagi untuk diserapkan ke pasukan senior musim berikutnya.

 

3) Impak Positif Kepada ‘Talent Pool” Pasukan Kebangsaan

Ianya juga dapat membantu jurulatih pasukan kebangsaan dengan pertambahan ‘Talent Pool’ yang lebih besar. Sedikit sebanyak ia dapat memberikan peluang kepada pemain tempatan untuk menampilkan aksi diposisi tertentu yang selama ini kebanyakkannya diisi oleh pemain import.

 

4) Suasana Bola Sepak Yang Lebih ‘Segar’ Dan Mengujakan

Ia mampu memberikan satu pengalaman baru kepada peminat dan penyokong bola sepak tempatan yang mahukan pembaharuan dalam bola sepak negara.

Ramai yang akan teruja melihat bakat-bakat baru menonjolkan aksi mereka diperingkat Piala Malaysia dan mungkin membuka peluang bagi mereka untuk mendapat tempat dalam pasukan Liga Super atau Liga Perdana.

 

5) Mengurangkan Jurang Prestasi Diantara Pemain Utama & Simpanan

85% kekuatan sesebuah pasukan terletak dibahu pemain tempatan dan jika ‘key player’ tempatan mengalami kecederaan, pemain simpanan yang ada tidak mampu untuk sekurang-kurang berada diprestasi yang sama kerana tiada pengalaman dan ‘playing time’ yang cukup.

Tiada pemain / kurangkan aksi pemain import bagi membuka peluang kepada pemain muda tempatan mempamerkan aksi terbaik mereka.

 

6) Membantu FAM Analisa Pemain Berpotensi

Melalui kaedah ini juga, ia dilihat mampu untuk membantu FAM untuk melakukan analisa, demografi dan sebagainya terhadap bakat-bakat baru seperti umur, posisi pemain, tahap kecergasan dan lain-lain sebagai ‘database’ untuk mempersiapkan pasukan kebangsaan.

Apabila ramai pemain yang dahulunya lebih banyak memanaskan bangku simpanan mendapat peluang beraksi, ‘talent pool’ meningkat bagi pemilihan pasukan kebangsaan.

 

7) Platform Mempraktikkan ‘DNA & Philosophy’ Bola Sepak Malaysia

Ia mampu dijadikan sebagai platform terbaik untuk mempraktikkan gaya permaianan serta menerapkan DNA & Philosophy bola sepak negara. Agak sukar untuk dilaksanakan namun FAM mempunyai kapasiti untuk mengadakan workshop bagi memperkenalkan perkara ini kepada pasukan-pasukan yang bertanding.

Gambar-Piala-Malaysia

Rumusan:

Beliau mencadangkan idea ini bukan untuk memperkecilkan status Piala Malaysia tetapi ianya lebih kepada menaikkan taraf bolasepak Malaysia memandangkan jadual Liga dan Piala Malaysia yang berselang seli.

Selain itu En Ayani menyatakan keperluan untuk menaikkan semula status Piala Malaysia, dan mungkin pihak FAM boleh mengusulkan kepada AFC utk membolehkan juara Piala Malaysia diberikan merit untuk bertanding di AFC Cup peringkat kelayakan sebagai contoh.

Jika tidak, tiada ‘tujuan’ yang jelas kenapa sesebuah pasukan itu bersungguh-sungguh untuk mengejar kejuaraan Piala Malaysia kerana ia tidak akan memberikan sebarang merit diperingkat antarabangsa baik ASEAN atau Asia sekalipun.

 

Untuk informasi bola sepak lebih pantas sila like Facebook Football Channel Malaysia