Terengganu ‘Rehatkan’ Ketua Jurulatih, Mike Mulvey!

CfS7YfsUIAAk9Kh

Rentetan beberapa keputusan yang tidak memihak kepada pasukan Terengganu FA, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu ‘merehatkan’ Mike Mulvey dari mengendalikan pasukan itu.

Mike mengambilalih tugas sebagai pengendali utama Terengganu selepas Ahmad Yusof juga direhatkan awal tahun ini. Menurut kata Mike, beliau mempunyai perancangan 18 bulan untuk menstabilkan pasukan ditahap yang benar-benar mampu bersaingan secara kompetitif dan konsisten.

Namun, dengan apa yang berlaku ini, tidak sampai 6 bulan dari perancangan Mike, beliau sudah direhatkan. Dan pada kebiasaannya, mana-mana jurulatih yang direhatkan boleh diandaikan sebagai ‘sudah dibuang’, berdasarkan kepada peristiwa sebelum ini dalam Liga Malaysia.

 

Berikut merupakan keputusan perlawanan pasukan Terengganu sepanjang musim ini.

Liga Super 2016:

1) Terengganu 1-0 Penang
2) Kedah 1-0 Terengganu
3) Terengganu 0-2 JDT
4) Pahang 1-2 Terengganu
5) Terengganu 3-1 Selangor
6) Terengganu 1-4 Felda United
7) PDRM 3-1 Terengganu
8) Terengganu 2-3 Perak
9) Kelantan 3-0 Terengganu
10) Terengganu 3-2 Sarawak
11) T-Team 1-1 Terengganu
12) Terengganu 2-1 T-Team
13) Terengganu 1-6 Kelantan

Dengan keputusan diatas Terengganu sekarang berada di kedudukan ke-7 Liga Super 2016 dengan 16 mata dari 13 perlawanan, 5 menang, 1 seri dan 7 kalah. Mereka sudah menjaringkan 16 gol dan bolos 27 gol.

Untitled

Superbest Power Piala FA 2016 – Pusingan Kedua

PKNS 2-0 Terengganu

TM Piala Malaysia 2016

Melaka United 1-2 Terengganu