Liga Super Malaysia

Azrif Nasrulhaq Kini Milik Pasukan Johor Darul Takzim

firz00505_field_image_slider.var_1453497049

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) ingin mengumumkan bahawa kami sudah mencapai kata sepakat dengan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan bersetuju dengan perpindahan bek kanan pasukan Selangor iaitu Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham ke Pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

FAS telah meneliti, berpuas hati dan bersetuju dengan tawaran yang dilakukan oleh JDT ke atas Azrif, namun butir-butir persetujuan dan jumlah perpindahan Azrif ke JDT tidak akan didedahkan demi kebaikan semua pihak. Aksi Piala Malaysia menentang Kuala Lumpur pada Selasa lalu adalah yang terakhir buat Mohd Azrif.

Pasukan Selangor sedang dalam perbincangan mengikat seorang pemain yang mempunyai kebolehan dan mampu menampung kekosongan yang ditinggalkan oleh Mohd Azrif. Perkembangan lanjut berkaitan kemasukkan pemain ini akan diumumkan sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.

13680761_651955264967776_3182740954535089737_n

Saya yakin barisan pemain yang ada mampu untuk menggalas cabaran‪#‎RedGiants‬ bagi mengharungi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia yang baru bermula. Malah kemasukan bek kanan baru serta lima (5) pemain Piala Presiden yang mula mengikuti latihan skuad utama akan memberi nafas segar kepada pasukan.

Mereka adalah K. Sarkunan (DM), Mohd Faizzudin Mohd Abidin (LM), A.Namathevan (RB), K.Kannan (LB) dan Badrul Amin Rusalan (AM). Selangor akan terus menghasilkan pemain-pemain pelapis yang dipersiapkan menggalas cabaran di peringkat yang lebih kompetitif.

Terima kasih kepada Mohd Azrif dan juga tidak lupa kepada Robert Cornwhaite yang ditamatkan kontrak atas khidmat dan jasa sepanjang menyarung jersi keramat Merah Kuning. Semoga terus maju jaya. Sekian.