Irfan dan Felda telah menyelamatkan kerjaya saya. Anda tidak boleh membelinya dengan wang ringgit!

CdzQPIkUUAA6yYS

Isu panas perpindahan pemain Felda United,Hadin Azman ke JDT sampai ke kemuncaknya apabila TMJ sendiri mengeluarkan kenyataan balas melalui laman sosial Johor Southern Tigers pagi ini.

Hadin Azman yang pernah dibuang dari pasukan JDT pertengahan musim 2014 lalu, diberitakan “dipancing” untuk kembali bersama JDT musim ini. Namun sebaliknya berlaku, apabila beliau mengeluarkan satu kenyataan media yang dilihat seperti seorang anak derhaka.

“Irfan dan Felda telah menyelamatkan kerjaya saya. Anda tidak boleh membelinya dengan wang ringgit!”

Kenyataan keras ini seolah-olah mencabar TMJ sebagai penaung dan membalas kata-kata itu melalui laman sosial Johor Southern Tigers.

Ini adalah isu kecil. Isu-isu seperti ini sepatutnya dikendalikan oleh setiausaha JDT dan pengarah sukan. Namun ia telah dibawa ke perhatian saya apabila saya dimaklumkan dalam akhbar Malaysia membuat liputan cerita hari ini dan laman sosial

Apabila anda bercakap mengenai integriti, anda jelas sekali mahu mendapatkan sokongan daripada penyokong bola sepak Malaysia untuk menunjukkan bahawa anda seorang pemain yang tidak boleh dipengaruhi dengan wang ringgit.

Tunku_Ismail_Sultan_Ibrahim_20150723_620_392_100

Tetapi tindakan anda bercakap lebih kuat daripada berkata-kata apabila anda mencuri wang rakan pasukan anda sendiri kerana anda mempunyai satu masalah hutang di sebuah kedai snuker di Holiday Plaza, Johor Bahru.

Saya bercakap dengan Asraruddin Putra Omar dan kami mengambil keputusan untuk menarik balik laporan polis dan menyelesaikannya di luar untuk menyelamatkan kerjaya anda sebagai pemain bola sepak En Hadin. Tetapi untuk makluman anda, saya masih mempunyai video anda melakukan aktiviti ‘James Bond’ anda itu.

Oleh itu, apabila anda bercakap tentang integriti dan harga diri, pastikan anda menyemak sejarah anda terlebih dahulu. Tidak kira berapa bilion atau sen yang dicuri. Mencuri tetap mencuri.

Baca Juga: Malaysia U22 Seri 3-3 Bertemu Skuad Simpanan FC Machida Zelvia! Bukan Skuad Utama.

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*