Pendapatan Kelab Liga Thailand Selepas Tamat Separuh Musim 2016

dreamteamfacebookheader2120

Selepas tamat perlawanan separuh musim 2016 Toyota Thai League, Muangthong United gah dipuncak liga dengan 45 mata dikejar rapat oleh pasukan ditempat kedua, Bangkok United dengan hanya perbezaan 2 mata.

Walaupun musim ini, prestasi Buriram United menurun dengan mendadak, dari segi revenue, mereka jauh mendahului mana-mana pasukan kelab bola sepak di Thailand. Sehingga separuh pertama perlawanan liga musim ini, Buriram United sudah berjaya mencatat jumlah kutipan tiket dan merchandise sekitar 32 juta Baht atau sekitar RM3.8 juta. Dengan purata kehadiran penonton ke The Thunder Castle yang paling tinggi berbanding pasukan lain, ini merupakan faktor utama yang menyumbang kepada pendapatan Buriram United disamping jualan merchandise yang tinggi pada hari perlawanan sahaja.

Buriram+UTD+jersey+2015+Blue+close+up+team+badge+960x520

Pendahulu liga 2016, Muangthong United berada ditempat kedua dengan hasil 20 juta Baht / RM 2.3 juta. Faktor utama yang mendorong Muangthong United mencapai angka ini adalah disebabkan tindakan agresif kelab membawa ramai pemain kebangsaan Thailand untuk beraksi di SCG Stadium. Pemain-pemain seperti Adisak Kraisorn, Tristan Do, Chanathip Songkrasin dan Theerathon telah berjaya menaikkan populariti kelab, seterusnya menyebabkan pertambahan bilangan penyokong ke stadium serta menaikkan jualan merchandise kelab.

Store 2

Selepas Muangthong United, didapati ada satu gap yang besar dari segi pendapatan kelab berbanding Buriram United dan Muangthong United, dengan Bangkok Glass berada pada kedudukan ketiga mengutip 6.7 juta Baht / RM 771,000, ke-4 Chonburi sebanyak 6.6 juta Baht / RM 760,000 dan ke-5 Chiangrai 6.4 juta Bath / RM 740,000.

3 kelab tercorot Toyata Thai League 2016, BEC Tero Sasana mengutip 2.2 juta Baht / RM254,000 , Chainat sebanyak 2.17 juta Baht / RM 250,000 dan BBCU pula sekitar 1.8 juta Baht / RM207,000.

Berikut merupakan ranking revenue kelab Toyota Thai League 2016 dari kutipan tiket perlawanan dan jualan merchandise pada hari perlawanan sahaja dan tidak termasuk lain lain hasil kepada kelab.

KELAB Kutipan Tiket & Merchandise Matchday
Buriram United 32,161,735 Baht
Muangthong United 20,141,285 Baht
Bangkok Glass 6,794,006 Baht
Chonburi 6,661,187 Baht
Chiangrai 6,435,215 Baht
Sukhothai 6,346,790 Baht
Sisaket 5,948,010 Baht
Nakhon Ratchasima 5,909,468 Baht
Suphanburi 5,513,280 Baht
Navy 4,830,308 Baht
Pattaya United 4,029,007 Baht
Ratchaburi 3,340,790 Baht
Bangkok United 2,884,637 Baht
Super Power 2,630,950 Baht
Army United 2,337,425 Baht
BEC Tero Sasana 2,201,277 Baht
Chainat 2,176,280 Baht
BBCU 1,805,610 Baht

BACA JUGA: Bagaimana Buriram United Mengutip RM19 juta Dalam Masa 55 hari Dari Jualan Jersi Sahaja!