Luar Negara

Struktur Baru Liga Bola Sepak Thailand Mulai Musim 2017

13403960_1599179603707001_8087441891998903360_o (1)

Menurut sumber media dari Thailand, mulai musim 2017,  liga bola sepak Thailand akan distruktur kembali selaras dengan misi untuk memperkasakan lagi bola sepak Thailand ke tahap yang lebih baik.

Tiada perubahan besar berlaku kepada 2 divisyen teratas hierarki, Toyota Thai League dan Yamaha D1 League kerana fokus lebih terarah kepada liga divisyen 3 – AIS D2 League.

Dengan struktur baru tahun hadapan, AIS D2 League yang kini berada pada divisyen ke 3, akan ditukar ke menjadi liga divisyen 4, dan dikenali dengan nama Regional League. Kekosongan yang ditinggalkan itu akan di isi dengan sebuah liga baru divisyen 3 – League Championship. Dan bagi divisyen 5 pula dikenali dengan nama League Divisyen 3.

Berikut merupkan pecahan dan jumlah pasukan bagi setiap divisyen dalam kerangka bola sepak Thailand.

1) Toyota Thai League 

  • 18 pasukan kelab bertanding
  • 3 pasukan tercorot diturunkan ke Yamaha D1 League.

2) Yamaha D1 League

  • 18 pasukan kelab bertanding
  • 3 pasukan teratas akan naik ke Toyota Thai League
  • 3 pasukan tercorot diturunkan ke League Championship

3) League Championship

  • Dibahagikan kepada 2 zon utama
  • 16 pasukan bagi setiap zon
  • Juara setiap zon akan dinaikkan ke D1 League
  • Naib juara akan ke play-off
  • 3 pasukan akan naik ke D1 League
  • 3 pasukan akan diturunkan ke Regional League

4) D2 Regional League 

  • Dibahagikan kepada 4 zon utama
  • 16 pasukan kelab bagi setiap zon
  • Juara & Naib juara setiap zon akan layak ke peringkat akhir knockout bagi menentukan 3 pasukan ke League Championship
  • 4 pasukan tercorot akan diturunkan ke Regional League Divisyen 3.

5) League Division 3

  • Terbahagi kepada 8 bahagian dan jumlah pasukan bagi setiap bahagian masih belum ditentukan.
  • Nothern, North-East, East, Bangkok East, Bangkok Metro, Central, West dan South
  • Hanya 4 pasukan akan dinaikkan ke Regional League

Nota: Jumlah pasukan untuk liga divisyen 5 masih belum ditentukan.

Secara keseluruhannya, bagi 4 divisyen teratas hierarki bola sepak Thailand, mempunyai 132 pasukan kelab yang bertanding secara kompetitif, tidak termasuk kelab-kelab dari liga divisyen 5!