Luar Negara

Hyundai A-League Akan Mula Uji Penggunaan “Video Assistant Referees (VAR)”

Cj8yQLWWgAAaWsD

Persatuan Bola Sepak Australia (FFA) dalam kenyataan pada Jumaat lalu, mengalu-alukan pengesahan yang dibuat oleh The International Football Association Board (IFAB) dan FIFA, dimana perlawanan Hyundai A-League merupakan antara perlawanan pertama yang diterima sebagai percubaan menggunakan Video Assistant Referees (VAR).

Hyundai A-League sudah pun mendapat kebenaran untuk memulakan persediaan kepada ujian “offline” tersebut sebelum sistem VAR ini diuji secara “live”.

Sistem VAR ini akan menggunakan rakaman video untuk meneliti situasi yang berlaku diatas padang dengan lebih jelas  seperti keputusan memberikan sepakan penalti, kad merah dan jaringan gol berdekatan garisan gol.

Diantara negara lain yang mendpaat pengesahan menggunakan sistem ini musim hadapan adalah Brazil, Germany, Portugal, Netherlands dan Amerika Syarikat. Selain daripada itu, kejohanan FIFA Club World Cup 2016 di Jepun juga akan dijadikan sebagai “final test” sebelum The IFAB membenarkan ujian dilakukan secara “live”.

CEO FFA, David Gallop memberitahu, dengan adanya VARs, ia merupakan sebahagian daripada proses “rejuvenation” Hyundai A-League.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak inovasi dalam penyiaran dalam Hyundai A-League, dan VARs merupakan permulaan kepada yang lain”.

“Dengan proses penjenamaan baru kepada A-League, disamping pengenalan kepada “Marquee Player Fund”, dan perubahan yang berlaku dalam penyiaran digital akan membawa suatu pengalaman baru kepada semua.”

Gallop juga berkata, sebuah jawatankuasa dari FFA akan bertemu dengan pengadil, pasukan kelab, jurulatih, pemain, pihak stadium dan penyiar digital bagi membincangkan proses selanjutnya dalam menjalankan ujian secara “offline” ini.

 

Bagaimana Sistem VARs Ini Berfungsi?

Cj8vHTsUUAA606g