Buriram United Jana Hampir RM19 juta Dari Jualan Jersi Musim 2016 Dalam Masa 55 Hari

12658002_995070680567589_3980384268189754308_o

Pasukan ‘regular’ AFC Champions League dari Thailand, Buriram United beberapa hari lalu telah mengumumkan bahawa jualan jersi musim 2016 telah dijual sebanyak 250,000 helai dalam masa 55 hari sahaja.

Ini merupakan satu rekod baru kepada kelab berpangkalan di Buriram itu selepas tahun lalu mereka mencatatkan jualan jersi sebanyak 500,000 helai. Dan tahun ini kelab itu juga menetapkan sasaran baru untuk mencapai jualan sebanyak 600,000 helai sehingga tamat musim 2016.

Jersi diatas dijual pada harga THB640 / RM75 dan jika dikira hasil jualan 250,000 helai itu jumlah besarnya adalah hampir RM19 juta!

12742794_922631157856827_3403150800911754824_n

Pencapaian ini telah menggembirakan presiden kelab Buriram United dan bersetuju untuk menjual tiket perlawanan AFC Champions League pada 23 Feb ini dengan diskaun 50% kepada mana-mana penyokong yang hadir membeli tiket memakai jersi baru Buriram United tidak kira home, away atau pun jersi ketiga.

Sila like fanpage Football Channel Malaysia dan ikuti twitter Football Channel MY